COVID 19

Love You Mr. Arrogant Raya - Tonton Drama Hari Raya Online

Picture
Adakah Perkahwinan ‘Paksa Rela’ Mampu Membuatkan Cinta Irham & Zaara Berputik? Jom Layan Drama Love You Mr Arrogant
Love You Mr. Arrogant Raya | Telefilem Telemovie Khas Raya TV3 2014

Adakah Perkahwinan ‘Paksa Rela’ Mampu Membuatkan Cinta Irham & Zaara Berputik? Jom Layan Drama Love You Mr Arrogant

S
iapa dekat sini peminat drama tempatan? Kalau sebut je drama Love You Mr Arrogant mesti korang dah terbayang kisah percintaan antara dua darjat Irham dan Zaara.

Betul tak?


Kalau korang masih ingat, drama ini pernah ditayangkan sekitar tahun 2013 yang lalu. Tapi apa yang menariknya, drama ini akan ditayangkan semula di TV3 bermula 10 Jun ini. Jadi untuk peminat drama Love You Mr Arrogant, korang boleh lah duduk depan TV dan layan sepuas-puasnya.

Baru jumpa, terus kahwin

Drama bersiri yang diadaptasi daripada novel Love You Mr Arrogant ini mengisahkan tentang Irham lakonan Azlee Khairi dan Zaara (Zara Zya) yang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan sehingga membuatkan lelaki itu bertindak meminta Zaara membayar ganti rugi.

Tetapi siapa sangka, Irham akhirnya nekad untuk mengahwini Zaara semata-mata tidak mahu dijodohkan dengan Sherry (Hanez Suraya) yang merupakan menantu pilihan ibunya, Puan Sri Maryam lakonan Norish Karman. Irham juga nekad untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat kerana mahu menyelamatkan syarikat Irham Holding daripada jatuh ke tangan sepupunya, Hadry.

Semuanya berlaku dalam sekelip mata, selepas mendapatkan keizinan ibu bapa Zaara di kampung, mereka berdua selamat diijabkabulkan. Meskipun Zaara bersetuju untuk berkahwin, tetapi dalam masa yang sama dia terasa sangat terhina dengan tindakan melulu Irham.

Adakah Zaara akan menolak cinta Faisal?

Seperti kita semua jangka, perkahwinan ‘paksa rela’ Irham dan Zaara sama sekali tidak seperti perhubungan suami isteri yang lain. Keangkuhan dan keegoan Irham membuatkan Zaara semakin ‘benci’ dengan lelaki asing itu. Siapa sangka, perasaan benci- membenci antara mereka akhirnya bertukar menjadi perasaan cinta sejati sehingga dicemburui oleh orang sekeliling terutamanya Faisal yang terlalu psiko dan ‘taksub’ ingin mendapatkan cinta Zaara.

Sanggup lakukan apa sahaja termasuklah tipu helah asalkan dia mampu memiliki hati wanita idamannya. Ujian demi ujian datang menerpa, adakah Zaara dan Irham mampu mengecapi kebahagiaan yang diimpikan tanpa gangguan orang ketiga? Dan adakah Puan Sri Maryam akan menerima Zaara sebagai menantunya?

Kalau korang nak tahu apa yang terjadi kepada Zaara dan Irham, korang kena tonton episod pertama malam esok sehingga episod akhir. Sama-sama kita saksikan drama bersiri Love You Mr Arrogant yang akan ditayangkan bermula 10 Jun iaitu dari hari Isnin hingga Khamis jam 10pm di TV3 dalam slot Samarinda.

Love You Mr. Arrogant Raya - Tonton Drama Hari Raya Online Reviewed by Admin on 1:09 AM Rating: 5

No comments:

Hakcipta Terpelihara Video Serius © 2008 - 2021
Dikuasakan oleh SOS, Designed oleh Kickbola Network

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.